Monday, July 2, 2012

Senyum kegembiraan setelah berjaya menjadi johan kalam Jama'ie bagi Zon B , bakal berentap  dengan sekolah IMTIAZ (besut & K. Trg) , SMAKSAM ,SMAKANI, SMASZA , SMASID  dan Sa MA Khairiah. Semoga Allah memberikan Kami Kejayaan ......Amin Ya Rabb...

Tuesday, January 31, 2012

RABIUL AWAL DATANG LAGI....


TANGGAL 12 Rabiulawal pada tahun Gajah, tarikh kelahiran Nabi Muhammad s.a.w yang disambut dengan tasbih dan tahmid memuji kebesaran Allah s.w.t. oleh seisi alam semesta sebagai tanda gembira.

Dalam memperingati hari kelahiran Baginda s.a.w, umat Islam di seluruh dunia tanpa mengira warna kulit dan bangsa turut menyatakan kesyukuran dengan melahirkan kegembiraan tatkala meraikan bulan kelahiran Rasulullah ini.

Di samping meraikan Rabiulawal sebagai bulan kelahiran Rasulullah s.a.w, terdapat beberapa peristiwa penting yang berlaku di sepanjang bulan kelahiran Rasulullah s.a.w. Peristiwa-peristiwa ini mempunyai nilai lahir kepada umat Islam dalam mengenang sirah perjuangan Nabi Muhammad memancarkan sinar Islam kepada umat manusia. Umat Islam juga dianjurkan melakukan amalan-amalan sunat pada bulan ini.

Terdapat dua pendapat tentang kelahiran Nabi Muhammad. Ulama-ulama Syiah berpandangan bahawa tarikh kelahiran Rasulullah ialah pada 17 Rabiulawal dan sebahagian ulama (Sunnah) menyatakan pada hari Isnin 12 Rabiulawal.

Hari kelahiran Nabi Muhammad adalah hari paling agung kepada umat Islam. Perbezaan pendapat ini bagaimanapun tidak wajar dijadikan pertikaian kerana apa yang lebih penting ialah kelahiran Nabi s.a.w adalah dalam bulan Rabiulawal. Al-Syaikh dalam kitab al-Misbah berpendapat, Rasulullah lahir ketika terbit fajar pada hari Jumaat bulan Rabiulawal dalam tahun Gajah.

Dalam menyambut hari kelahiran Nabi Muhammad s.a.w atau lebih dikenali sebagai ‘Maulid Nabi’ ini, umat Islam digalakkan berpuasa sunat, mandi sunat, berziarah ke makam Baginda dan mengerjakan amalan-amalan mulia serta memperbanyakkan tasbih, tahmid dan selawat.

Peristiwa Rasulullah s.a.w dikepung oleh para pengikut Abu Jahal yang merancang untuk membunuh Baginda berlaku pada hari pertama Rabiulawal. Abu Jahal merancang untuk membunuh Rasulullah s.a.w ekoran tidak bersetuju dengan amalan Islam yang menghalang penyembahan berhala, sebaliknya hanya kepada Allah s.w.t.

Ketika itu, Saidina Ali bin Abi Talib rela berkorban mempertahankan Rasulullah daripada rancangan jahat puak kafir tersebut dengan menawarkan dirinya untuk berada di tempat tidur Baginda demi keselamatannya.

Tindakan Saidina Ali itu menggambarkan betapa luhurnya rasa kecintaan seorang sahabat Rasulullah terhadap Baginda sehingga sanggup berkorban untuknya.

Justeru, umat Islam disunatkan untuk berpuasa sebagai tanda mensyukuri nikmat Allah kerana dengan limpah kurnia-Nya, Rasulullah dan Saidina Ali selamat daripada rancangan jahat puak musyrikin Quraisy.

Mengikut sesetengah pendapat, umat Islam digalakkan menziarahi makam Baginda s.a.w, memperbanyakkan selawat ke atas Rasulullah.

Amalan bersedekah pula merupakan amalan yang paling digalakkan di dalam Islam. Ia tidak ditetapkan waktu sebaliknya ia boleh dilakukan pada bila-bila masa.

Rasulullah s.a.w bernikah dengan Siti Khadijah binti Khuwailid pada hari ke sepuluh bulan ini. Dan pada bulan yang sama pada tahun Gajah, bapa saudara Rasulullah iaitu Abdul Mutalib meninggal dunia.

Setelah Rasulullah keluar daripada Jabal Thur, Baginda menuju Madinah setelah mendapat perintah Allah s.w.t untuk melakukan hijrah yang pertama.

Ahli sejarah Islam berpendapat, Baginda tiba di Quba pada 12 Rabiulawal sebelum menetap di sana selama empat hari. Baginda meneruskan perjalanan ke Madinah pada 16 Rabiulawal dan singgah di Wadi Ranuna’ atau Wadi Slim.

Di sinilah Rasulullah s.a.w menunaikan solat Jumaat pertama di Madinah bersama kira-kira 100 orang Islam yang bersama Baginda ketika itu. Oleh demikian, sebuah masjid bernama Masjid Al-Jumaah telah dibina bersempena dengan peristiwa tersebut.

Hasbi Ash Shiddiqi dalam pengantar Tafsir Al-Bayan menyatakan, ayat Nubuwwah yang menyatakan Nabi Muhammad di angkat sebagai Nabi turun pada bulan Rabiulawal. Di dalam kitab ini dinyatakan bahawa wahyu Allah yang pertama ialah surah Al-Alaq dan diikuti surah al-Mudattsir.

Sementara itu, Jabir dan Ibnu Abbas berpendapat, peristiwa Israk dan Mikraj Nabi Muhammad s.a.w berlaku pada hari Isnin 12 Rabiulawal, tiga tahun sebelum berlakunya peristiwa Hijrah.

Sesungguhnya, peristiwa-peristiwa yang berlaku dalam bulan Rabiulawal mengandungi nilai yang amat tinggi dalam perkembangan Islam. Perjuangan Rasulullah s.a.w menyebarkan syiar Islam ke seluruh pelosok alam tidak berlaku dalam masa yang singkat.

Thursday, September 2, 2010

BIDANG ENTEMOLOGY(Kajian Serangga)

Kajian tentang serangga dalam displin ilmu sains dinamakan sebagai entemologi. Dalam al-Quran terdapat beberapa nama serangga yang disebut. Umpamanya lebah, nyamuk, lalat. Begitu juga terdapat haiwan seperti labah-labah. Walaupun labah-labah bukan serangga, ia tergolong dalam haiwan yang disebut dalam al-Quran. Haiwan ini tergolong dalam kumpulan arachnida.

Surah an-Nahl
.

Allah s.w.t. berfirman dalam Surah an-Nahl, ayat 68.



Maksudnya
.
Dan Tuhanmu memberi ilham kepada lebah: “Hendaklah engkau membuat sarangmu di gunung-ganang dan di pokok-pokok kayu, dan juga di bangunan-bangunan yang didirikan oleh manusia.
.
Perhatikan perkataan yang berbunyi anitakhizi pada ayat di atas. Perkataan tersebut merupakan perkataan berbentuk perintah (ayat amar) kepada lebah betina. Sekiranya diteliti, ayat ini menunjukkan bahawa Allah s.w.t. memerintahkan kepada lebah betina? Lebih jelas lagi sekiranya ayat 69 Surah an-Nahl diteliti.
.



Maksud ayat ini.

Kemudian makanlah dari setiap buah-buahan dan ikutilah jalan tuhan kamu yang telah dipermudahkan untukmu dan keluar dari perutnya minuman yang pelbagai warna didalamnya ada penawar untuk manusia sesungguhnya dalama ini ada tanda-tanda bagi kaum yang berfikir
.
Dalam ayat 69 ini, lebih banyak petunjuk yang menunjukkan bahawa lebah yang membina sarang, mencari makanan adalah lebah betina. Perhatikan perkataan kuli, fasluki, subula rabbiki, butuniha. Perkataan-perkataan ini merupakan perkataan yang merujuk kepada betina (lebah betina). Dalam koloni lebah, tugas-tugas membina sarang, mencari makanan (manisan bunga), membersihkan sarang dilakukan oleh lebah betina. Lebah jantan tidak melakukan kerja-kerja tersebut sebaliknya tugas jantan adalah untuk mensenyawakan benih maharani. Maharani pula tugasnya adalah bertelur. Perhatikan pula perkataan yakhruju mimbutunihaa. Ayat ini bermaksud keluar dari perutnya. Dalam konteks ini mim butuniaa merujuk kepada perut lebah betina yang ke tiga. Dalam bahasa Arab, gantina nama pertama (Jantan-lelaki) Anta, gantinama (betina-perempuan) anti, gantinama ketiga (betina-perempuan) Ha, Hiya, gantinama (lelaki-jantan), Hi. Huwa. Jadi butuniha merujuk kepada gantinama ketiga betina.
.

Apa Yang Perlu Difikir
.
Pembaca perlu berfikir bagaimanakah al-Quran yang diturunkan pada kurun ke-6 dapat menjelaskan dengan tepat bahawa lebah yang mencari madu itu adalah lebah betina!. Bagaimana pula al-Quran dapat menjelaskan bahawa madu keluar dari perut sedangkan manisan bunga diambil dengan probosis (belalai) dan dikeluarkan melalui probosis (belalai).
.
Mengapa al-Quran Menggunakan Perkataan Gantinama Ketiga


Al-Quran menggunakan gantinama ketida dalam ayat yakhruju mim butunihaa. Kajian tentang lebah madu menunjukkan bahawa lebah yang mencari manisan bunga dan makanan-makanan dalam bentuk propolis dan debunga membawa bahan-bahan tersebut kesarang dan di sarang, bahan-bahan ini diluahkan oleh mereka dan disedut pula oleh levah betina yang sedang menunggu di sarang. manisan bunga dan juga propolis ditelan masuk ke perut lebah dan disimpan dalam perut tersebut dan dicampur dengan pelbagai enzim, diperap selama 30 minit hingga 1 jam sebelum diluahkan dan dimasukkan ke dalam petak-petak segi enam dalam sesikat lebah. Lebah yang menunggu itu merupakan lebah betina!
.
Labah-labah


Surah al-Ankaboot merupakan surah yang menggunakan nama binatang iaitu labah-labah. Surah ini seperti surah-surah lain dalam al-Quran adalah unik dan memberi maklumat yang cukup hebat. Dalam surah al-Ankaboot ayat 41

.

Maksudnya


Misal bandingan orang-orang yang menjadikan benda-benda yang lain dari Allah sebagai pelindung-pelindung (yang diharapkan pertolongannya) adalah seperti labah-labah yang membuat sarang (untuk menjadi tempat perlindungannya); padahal sesungguhnya sarang-sarang yang paling reput ialah sarang labah-labah, kalaulah mereka orang-orang yang berpengetahuan.


Ayat ini memberi satu isyarat kepada manusia tentang labah-labah yang membina sawang. Perhatikan perkataan ankabootit takhozat bayta. Perkataan takhozat merupakan perkataan yang merujuk khas kepada perbuatan betina (labah-labah betina). Dalam bahasa Arab ada perkataan yang merujuk kepada jantan dan betina.
.
Kajian terhadap labah-labah mendapati bahawa HANYA labah-labah betina yang membuat sawang. Labah-labah jantan tidak membina sawang. Labah-labah jantan yang zaiznya kecil tidak membina sawang. Ia hanya tinggal dicelah-celah batu atau kayu. Walaupun labah-labah jantang tidak membuat sesawang seperti labah-labah betina, namun labah-labah jantann akan datang ke sesawang labah-labah betina iaitu semasa ia hendak mengawan. Labah-labah jantan yang mahu mengawan dengan labah-labah betina berhadapa dengan pelbagai masalah. Umpamanya labah-labah betina akan menyepak dan menerajang labah-labah jantan yang datang ke sesawangnya untuk mengawan. Setelah berjaya mengawan ada dua tragedi yang mungkin dihadapi oleh labah-labah jantan. Pertama: Labah-labah betina akan makan labah-labah jantan (suaminya) atau sekiranya ini tidak berlaku, labah-labah betina akan perdaya labah-labah jantan dan mempelawa labah-labah jantan (suaminya) untuk tinggal dalam sesawang. Labah-labah jantan yang tidak mempunyai sesawang pun tinggal disitu tanpa mengetahui niat jahat labah-labah betina (Isterinya). Apabila anak-anak mereka menetas pula maka anak-anak mereka akan makan bapanya sendiri! Sedih bukan. Cuba baca ayat 41, Allah s.w.t. menyatakan bahawa sarang /rumah (atau rumah tangga atau keluarga!) yangpaling reput adalah keluarga labah-labah sekiranya mereka mengetahuinya!
.
Semut Bercakap Dengan Suara


Sekiranya anda membaca ayat 18 Surah Naml, and akan mengetahui bahawa semut sebenarnya bercakap dengan menggunakan suara.


Maksud ayat ini

(Maralah angkatan itu) hingga apabila mereka sampai ke "Waadin-Naml", berkatalah seekor semut: "Wahai sekalian semut, masuklah ke sarang kamu masing-masing, jangan Sulaiman dan tenteranya memijak serta membinasakan kamu, sedang mereka tidak menyedari".
.

Dalam ayat ini, perkataan "qolat namlatun" boleh dimaksudkan kepada berkatalah seekor semut betina. Aneh bukan! al-Quran mengatakan bahawa semut boleh berkata, maksudnya semut boleh mengeluarkan suara yang mengandungi maksud. Mereka yang anti Islam mengatakan bahawa al-Quran membawa cerita dongeng . Mereka mendakwa bahawa semut hanya boleh berkomunikasi dengan menggunakan hormone bernama fermone . Lebih jelas lagi sekiranya anda membaca ayat 19 surah an-Naml.







Maksud ayat ini.



Maka tersenyumlah Nabi Sulaiman mendengar kata-kata semut itu, dan berdoa dengan berkata:" Wahai Tuhanku, ilhamkanlah daku supaya tetap bersyukur akan nikmatMu yang Engkau kurniakan kepadaku dan kepada ibu bapaku, dan supaya aku tetap mengerjakan amal soleh yang Engkau redai; dan masukkanlah daku - dengan limpah rahmatMu - dalam kumpulan hamba-hambaMu yang soleh".

Perkataan qawliha dalam ayat ini boleh diterjemahkan kepada kata-ka sembt betina itu. Dua ayat di atas menunjukkan bahawa semut boleh bercakap dan yang bercakap adalah semut betina.
.
Terdapat golongan anti Islam yang mempersendakan al-Quran dengan mengatakan bahawa menurut kajian entemologi, semut berkomunikasi dengan hormone sahaja. Namun kajian yang dibuat oleh Professor Dr Jeremy Thomas, professor di Jabatan Ekologi universiti tersebut bersama-sama dengan pasukan penyelidik dari Universiti Turin di Italy dan juga beberapa orang penyelidik dari Sepanyol secara tidak sengaja telah menemui bahawa semut betina (Maharani) memberi arahan kepada para pekerja semut dengan suara.

---- Dipetik dari blogspot : Dr. Mohd Arif B. Kasmo.......suatu info yang menakjubkan

KEAJAIBAN KESAH ASHAB AL-KAHFI

Surah al-Kahf

Surah al-Kahf merupakan surah yang ebahagiannya mengesahkan pemuda-pemuda beriman yang telah ditidurkan oleh Allah s.w.t. beratus-ratus tahun lamanya di dalam gua.Maharaja Romawi yang menyembah berhala memaksa rakyat jelata untuk menyembah berhala juga, dan pemuda-pemuda ini yang jumlahnya seramai enam atau tujuh orang telah menentang arahan maharaja dan bercakap secara terang-terangan menentang arahan tersebut. Maharaja Romawi menjadi marah dan memberi amaran akan mengambil tindakan ke atas mereka.

Melarikan Diri Ke Gua

Menyedari bahawa maharaja akan menangkap mereka, lalu mereka bersembunyi di dalam gua dan ditidurkan oleh Allah. Kesah ini dirakamkan oleh Allah menerusi ayat 9 Surah al-Kahfi.



Adakah engkau menyangka (wahai Muhammad), bahawa kisah "Ashaabul Kahfi" dan "Ar-Raqiim" itu sahaja yang menakjubkan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaan Kami

dan kesah tersebut diakhiri pada ayat ke-25.



Dan mereka telah tinggal tidur dalam gua mereka: Tiga ratus tahun (dengan kiraan Ahli Kitab) dan sembilan lagi (dengan kiraan kamu).

Sekiranya perkataan-perkataan Arab antara perkataan am pada ayat ke-9 dengan ayat tisaa yang terdapat pada akhir ayat 25 dikira jumlah perkataannya ialah 309 perkataan! Pembaca yang kenal perkataan Arab boleh kira secara manual tetapi yang tidak boleh, boleh menggunakan perisian yang dinamakan sebagai Anycount5.0. Lihat lama web yang tertera di atas sebelan kiri berlabel AnyCount5.0 dan muat turun. Tetapi pada masa sekarang telah dikenakan bayaran. Untuk melihat dan membaca surah al-Kahfi klik laman web di sebelah atas, kanan.
.
Dan lihat pula ayat 25 Surah al-Kahfi di atas. Ayat itu bermaksud:
.
Dan mereka telah tinggal tidur dalam gua mereka: Tiga ratus tahun (dengan kiraan Ahli Kitab) dan sembilan lagi (dengan kiraan kamu).
..
Menurut Tafsir, maksudnya ialah pemuda-pemuda tersebut tinggal selama 300 tahun, tahun Masehi atau 309 tahun, tahun hijrah. Tahun Hijrah digunakan sempena penghijrahan Nabi ke Madinah dan ia dicadangkan oleh Sainina Umar r.a. Tahun yang berdasarkan kepada lunar (bulan-qamar) memang sudah digunakan sebelum diwujudkan tahun Hijrah yang permulaannya ialah 1 Muharram. Tahun hijrah mula diperkenalkan 16 tahun selepas hijrah nabi ke Madinah, iaitu pada tahun 638 Masehi.
.
Mengapa al-Quran menyebut "tiga ratus tahun di tambah sembilan" dan ditafsirkan oleh ahli tafsir sebagai 300 tahun mengikut kiraan tahun masehi dan 309 tahun mengikut kiraan hijrah. Ingat bahawa peristiwa tersebut berlaku 400 tahun selepas Nabi Isa a.s. ataupun 200 tahun sebelum kelahiran nabi Muhammad s.a.w. Al-Quran menceritakan satu peristiwa yang berlaku 200 tahun sebelum kelahiran nabi Muhammad s.a.w. Bagaimana al-Quran tahu bahawa 300 masehi tahun sama dengan 309 tahun hijrah.
.
1 Tahun tahun hijrah=365.24219
300 tahun=365.242X300=109,572.9
1 tahun tahun hijrah=354.367
309 tahun=354.347X309=109,493.2
Jumlah hari sekiranya dibulatkan keada ratus ribu yang paling hampir ialah 110,000 hari.
.
Cuba Fikir!
.
Apakah ini sebahagian dari perkara yang menakjubkan yang diisyaratkan oleh ayat 9? Apakah ini satu kebetulan sahaja, iaitu jumlah perkataan ialah 309 perkataan dan pemuda-pemuda yang beriman tersebut tinggal dalam gua slama 309 tahun. Apakah satu kebetulan sahaja al-Quran menyatakan 300 tahun tambah sembilan, 300 tahun masehi sama dengan 309 tahun hijrah! Sesungguhnya Allah itu Maha Bijaksana

SUBHANALLAH

KALIMAH ALLAH DAN MUHAMMAD
.
Sekiranya koordinat-koordinat (titik-titik yang mewakili kedudukan surah dan bilangan ayat) dicantumkan, kelihatan kalimah Allah terbentuk. Apabila kordinat-kordinat ini cantumkan dengan cara yang lain, maka kalimah Muhammad pula terbentuk!

Apa akan jadi kalau kedudukan surah berubah?

Sekiranya kedudukan surah diubah secara sesuka hati, maka graf kalimah Allah dan Muhammad ini akan runtuh sama sekali. Ini menunjukkan bahawa susunan al-Quran tidak boleh diubah! Sayugia diingatkan bahawa semasa al-Quran diturunkan 1400 tahun yang lalu kertas graf belum wujud! bahkan seperti yang telah saya nyatakan sebelum ini, sistem nombor pun belum wujud!

Kehebatan dan kecanggihan susunan surah-surah al-Quran boleh jiga disaksikan apabila kita membuat analisis keatas nombor-nombor surah dan jumlah ayat bagi setiap surah. Sekiranya kita campurkan nombor-nombor surah al-Quran, iaitu (1+2+3+4+5+6+7+8+8+10+..+..+..+... hingga +114 (nombor surah terakhir) jumlah campuran tersebut ialah 6555. Sekiranya dicampurkan semua ayat al-Quran (dari surah pertama hingga surah ke-114, iaitu surah terakhir) jumlahnya ialah 6236.

Surah-surah al-Quran dan jumlah ayatnya boleh dikategorikan kepada Nombor surah yang ganjil yang mempunyai bilangan ayat ganjil. Nombor surah ganjil yang mempunyai bilangan ayat genap. Sebagai contoh nombor surah ganjil yang mempunyai bilangan ayat ganjil ialah surah al-Fatehah. Surah ini surah nombor 1 dan bilangan ayatnya 7. Satu contoh lagi ialah surah Hood iaitu surah 11 bilangan ayatnya ialah 123. Nombor surah ganjil yang mempunyai bilangan ayat genap pula sebagai contoh ialah surah ke 3 iaitu surah ali-Imran yang mempunyai bilangan ayat 200. Satu lagi contoh ialah surah ke-5 iaitu surah al-Maidah yang mempunyai bilangan ayat 200 ayat. Satu kategori lagi ialah nombor surah genap yang mempunyai bilangan ayat ganjil dan nombor surah genap yang mempunyai bilangan ayat genap. Sebagai contoh surah surah ke-6 iaitu surah al-An'am mempunyai 165 ayat dan surah ke-2 iaitu surah al-Baqarah yang mempunyai bilangan ayat 286 ayat. Sekiranya surah-surah ini dikategorikan kepada sama jenis dan berlainan jenis umpamanya kategori sama jenis ialah (nombor surah ganjil yang mempunyai bilangan ayat ganjil dan nombor surah genap yang mempunyai bilangan ayat genap) jumlah semua surah dalam kategori ini ialah 57 surah, sementara satu kategori lagi ialah kategori berlainan jenis iaitu surah yang mempunyai nombor genap yang mempunyai bilangan ayat ganjil dan nombor surah ganjil yang mempunyai bilangan ayat genap, jumlah surah dalam kategori ini juga ialah 57 surah. Ini menunjukkan perimbangan surah-surah al-Quran!. Susunan yang lain tidak akan menghasilkan perimbangan. Sekiranya semua nombor yang terkandung dalam kategori sama jenis termasuk semua nombor surah dan jumlah ayat dicampurkan, jumlahnya ialah 6236 iaitu sama dengan campuran semua ayat al-Quran, mengapa jumlahnya boleh sama dengan jumlah campuran semua ayat al-Quran? dan apabila semua nombor yang terdapat dalam kategori berlainan jenis dicampurkan termasuk npmbor-nombor surah, jumlahnya ialah 6555, mengapa jumlahnya sama dengan mencampurkan semua nombor surah?. Jumlahnya sama kerana susunan surah-surah tersebut. Sekiranya susunan surah dan bilangan ayat diubah, maka perimbangan ini akan musnah sama sekalui. Quran tak boleh diubah! Para pembaca boleh menyemak sombor surah dan bilangan ayat tersebut dalam laman web yang tertera di atas sebelah kanan muka suat ini.

Persoalan-Persoalan Menarik!

Bagaimana susunan surah-surah al-Quran boleh seimbang antara jumlah campuran nombor-nombor surah dengan campuran surah-surah dalam kategori yang tidak sama jenisdan bagaimana jumlah campuran semua ayat al-Quran sama dengan campuran surah-surah dalam kategori sama jenis sedangkan pada masa itu belum wujud lagi sistem nombor? PASTI INI SEBAGAI BUKTI MAHABIJAKSANANYA ALLAH S.W.T. DAN MAHA MENGIRANYA ALLAH S.W.T.

Keseimbangan Yang Lain

Sekiranya nombor surah dicampurkan dengan bilangan ayatnya, umpamanya surah al-Fatehah adalah surah 1 dan bilangan ayatnya 7 (1+7=8), surah al-Baqarah surah 2 dicampurkan dengan bilangan ayatnya (2+286=288) dan seterusnya sehingga surah terakhir surah ke-144 iaitu surah an-Nas bilangan ayatnya 6 (114+6=120). Sekiranya jumlah campuran antara nombor surah dengan bilangan ayat yang jumlahnya ganjil dicampurkan semuanya, jumlahnya ialah 6555 iaitu sama dengan jumlah campuran semua nombor surah. Dan sekiranya jumlah campuran antara nombor surah dan bilangan ayat yang jumlahnya genap dicampurkan semuanya, jumlahnya ialah 6236 iaitu sama dengan jumlah ayat al-Quran. Sekiranya diubah kedudukan surah maka jumlah ini tidak akan dapat dihasilkan.

Keseimbangan Ini Lebih Menakjubkan!

Sekiranya nombor-nombor surah ganjil yang mempunyai bilangan ayat ganjil dicampurkan sekali, jumlahnya ialah 1551. Nombor-nombor surah tersebut adalah seperti berikut. 1, 9, 11, 13, 15, 17, 25, 27, 29, 33, 35, 39, 43, 45, 57, 63, 81, 87, 91, 93, 97, 101, 103, 105, 107, 111, 113. Pembaca boleh gunakan mesin kira untuk mengiranya, tapi cuba bayangkan zaman Nabi dimana sistem angka belum ada. Jumlah campuran nombor-nombor surah ini ialah 1551. Sekarang campurkan pula nombor surah genap yang mempunyai bilangan ayat ganjil. Nombor-nombor surah tersebut ialah: 6, 8, 10, 12, 20, 26, 36, 40, 42, 44, 46, 48, 50, 52, 54, 60, 62, 76, 82, 84, 86, 92, 96, 100, 104, 108, 110. Jumlah campuran nombor-nombor surah ini ialah 1554. Sekarang campurkan jumlah campuran nombor surah ganjil yang mempunyai bilangan ayat ganjil (1551) dengan jumlah campuran nombor surah genap yang mempunyai bilangan ayat ganjil. (1554). (1551+1554=3105). Sekarang kira berapa banyak nombor-nombor surah tersebut? Nombor-nombor surah adalah 54 semuanya. Berapa pula bilangan surah dalam al-Quran? Bilangannya ialah 114. Lihat formula ini:

Bilangan surah yang mempunyai bilangan ayat ganjil (54), bilangan surah dalam al-Quran ialah 114. Jumlah campuran 3105= 54 / 2 X (114 +1)=27 X 115. Sekiranya susunan nombor surah ini diubah sesuka hati seeperti yang dicadangkan oleh orientalis Barat, maka jumlahnya tidak boleh disesuaikan dengan formula (jumlah surah/2 X Bilangan surah al-Quran +1).

Sekiranya nombor-nombor surah yang mempunyai bilangan ayat genap pula dicampurkan, jumlahnya ialah 3450. 3450= (Bilangan surah yang mempunyai bilangan ayat genap)/2 X (Bilangan surah al-Quran +1)=60/2 X (114 +1)=30 X 115.

Ada sesiapa yang boleh menolak ini sebagai satu yang menakjubkan. Ingat semasa al-Quran diturunkan, sistem nombor belum wujud!.

Can anybody refute this as an amazing phenomena. Bear in mind that there were no number system when the Quran was revealed!

可有人反驳,这是一个惊人的现象。记住,没有任何数量的系统时,可兰经被发现!

Friday, May 15, 2009

Ibuku Seorang Pembohong - Kisah Tauladan

Ibuku seorang pembohong Memang sukar untuk orang lain percaya,tapi itulah yang berlaku. Ibu saya memang seorang pembohong!! Sepanjang ingatan saya sekurang-kurangnya 8 kali ibu membohongi saya. Saya perlu catatkan segala pembohongan itu untuk dijadikan renungan anda sekalian.

Cerita ini bermula ketika saya masih kecil. Saya lahir sebagai seorang anak lelaki dalam sebuah keluarga miskin. Makan minum serba kekurangan. Kami sering kelaparan. Adakalanya, selama beberapa hari kami terpaksa makan berlaukkan ikan masin dikongsi satu keluarga. Sebagai anak yang masih kecil, saya sering saja merungut. Saya menangis mahukan nasi dan lauk yang banyak. Tapi ibu cepat memujuk. Ketika makan, ibu sering membahagikan bahagian nasinya untuk saya. Sambil memindahkan nasi ke mangkuk saya, ibu berkata : ""Makanlah nak ibu tak lapar." PEMBOHONGAN IBU YANG PERTAMA.

Ketika saya mulai besar ibu yang gigih sering meluangkan waktu senggangnya untuk pergi memancing di tali air berhampiran rumah. Ibu berharap dari ikan hasil pancingan itu dapat memberikan sedikit makanan untuk membesarkan kami adik-beradik. Pulang dari memancing, ibu memasak gulai ikan yang segar dan mengundang selera. Sewaktu saya memakan gulai ikan itu ibu duduk disamping kami dan memakan sisa daging ikan yang masih menempel di tulang daripada bekas sisa ikan yang saya makan tadi. Saya sedih melihat ibu seperti itu.. Hati saya tersentuh lalu dengan menggunakan sudu saya memberikan ikan itu kepada ibu. Tetapi ibu dengan cepat menolaknya. Ibu berkata : "Makanlah nak, ibu tak suka makan ikan." - PEMBOHONGAN IBU YANG KEDUA.

Di usia awal remaja, saya masuk sekolah menengah. Ibu pergi ke kedai dengan membawa sejumlah penyapu lidi dan kuih-muih untuk menyara persekolahan saya,abang dan kakak. Suatu dinihari lebih kurang pukul 1.30 pagi saya terjaga dari tidur. Saya melihat ibu membuat kuih dengan beremankan sebuah pelita di hadapannya. Beberapa kali saya melihat kepala ibu terhangguk kerana mengantuk. Saya berkata : "Ibu, tidurlah, esok pagi ibu kena pergi kebun pula." Ibu tersenyum dan berkata : "Cepatlah tidur nak, ibu belum mengantuk lagi." - PEMBOHONGAN IBU YANG KETIGA.

Di hujung musim persekolahan, ibu meminta cuti kerja supaya dapat menemani saya pergi ke sekolah untuk menduduki peperiksaan penting. Ketika hari sudah siang, terik panas matahari mulai menyinari, ibu terus sabar menunggu saya di luar dewan. Ibu seringkali saja tersenyum dan mulutnya terkumat-kamit berdoa kepada Illahi agar saya lulus ujian peperiksaan ini dengan cemerlang. Ketika loceng berbunyi menandakan ujian sudah selesai, ibu dengan segera menyambut saya dan menuangkan kopi yang sudah disiapkan dalam botol yang dibawanya. Kopi yang kental itu tidak dapat dibandingkan dengan kasih sayang ibu yang jauh lebih kental. Melihat tubuh ibu yang dibasahi peluh, saya segera memberikan cawan saya itu kepada ibu dan menyuruhnya minum. Tapi ibu cepat-cepat menolaknya dan berkata : "Minumlah nak, ibu tak haus!!" - PEMBOHONGAN IBU YANG KEEMPAT.

Setelah pemergian ayah kerana sakit, iaitu selepas saya baru beberapa bulan dilahirkan, ibulah yang mengambil tugas sebagai ayah kepada kami sekeluarga. Ibu bekerja mengambil upah di kebun, membuat penyapu lidi dan menjual kuih-muih agar kami tidak kelaparan. Tapi apalah sangat kudrat seorang ibu. Kehidupan keluarga kami semakin susah dan susah. Melihat keadaan keluarga yang semakin parah, seorang pakcik yang baik hati dan tinggal berjiran dengan kami, datang untuk membantu ibu. Anehnya, ibu menolak bantuan itu. Jiran-jiran sering kali menasihati ibu supaya menikah lagi agar ada seorang lelaki yang akan menjaga dan mencarikan wang untuk kami sekeluarga. Tetapi ibu yang keras hatinya tidak mengendahkan nasihat mereka. Ibu berkata : "Saya tidak perlukan cinta dan saya tidak perlukan lelaki." - PEMBOHONGAN IBU YANG KELIMA.

Setelah kakak dan abang habis belajar dan mula bekerja, ibu sudah pun tua. Kakak dan abang menyuruh ibu supaya berehat sahaja di rumah. Tidak payahlah lagi bersusah payah dan bersengkang mata untuk mencari duit. Tetapi ibu tidak mahu. Ibu rela pergi ke pasar setiap pagi menjual sedikit sayur untuk memenuhi keperluan hidupnya. Kakak dan abang yang bekerja jauh di kota besar sering mengirimkan wang untuk membantu memenuhi keperluan ibu, pun begitu ibu tetap berkeras tidak mahu menerima wang tersebut. Malahan ibu mengirim balik wang itu dan ibu berkata : "Jangan susah-susah, ibu ada duit." - PEMBOHONGAN IBU YANG KEENAM.

Setelah tamat pengajian di universiti, saya melanjutkan lagi pelajaran ke peringkat sarjana di luar Negara. Pengajian saya di sana dibiayai sepenuhnya oleh sebuah syarikat besar. Sarjana itu saya sudahi dengan cemerlang,kemudian saya pun bekerja dengan syarikat yang telah membiayai pengajian saya juga di luar negara. Dengan gaji yang agak lumayan, saya berhajat membawa ibu untuk menikmati penghujung hidupnya di luar negara. Pada pandangan saya, ibu sudah puas bersusah payah untuk kami. Hampir seluruh hidupnya habis dengan penderitaan, eloklah kalau hari-hari tuanya ini ibu habiskan dengan keceriaan dan keindahan pula. Tetapi ibu yang baik hati, menolak ajakan saya. Ibu tidak mahu menyusahkan anaknya ini dengan berkata ; "Tak payahlah, ibu tak biasa tinggal di negara orang." - PEMBOHONGAN IBU YANG KETUJUH.

Beberapa tahun berlalu, ibu semakin tua.. Suatu malam saya menerima berita ibu diserang penyakit kanser. Ibu mesti dibedah secepat mungkin. Saya yang ketika itu berada jauh diseberang samudera terus segera pulang untuk menjenguk ibunda tercinta. Saya melihat ibu terbaring lemah di katil hospital setelah menjalani pembedahan. Ibu yang kelihatan sangat tua, menatap wajah saya dengan penuh kerinduan. Ibu menghadiahkan saya sebuah senyuman biarpun agak kaku kerana terpaksa menahan sakit yang menjalari setiap inci tubuhnya.. Saya dapat melihat dengan jelas betapa seksanya penyakit itu telah memamah tubuh ibu sehingga ibu menjadi terlalu lemah dan kurus. Saya menatap wajah ibu sambil berlinangan air mata. Saya cium tangan ibu kemudian saya kecup pula pipi dan dahinya. Di saat itu hati saya terlalu pedih, sakit sekali melihat ibu dalam keadaan seperti ini. Tetapi ibu tetap tersenyum dan berkata : "Jangan menangis nak, ibu tak sakit." - PEMBOHONGAN IBU YANG KELAPAN.

Setelah mengucapkan pembohongan yang kelapan itu, ibunda tercinta menutup matanya untuk kali terakhir kali. Anda bertuah kerana masih mempunyai ibu dan ayah. Anda boleh memeluk dan menciumnya. Kalau ibu anda jauh dari mata, anda boleh menelefonnya sekarang, dan berkata, 'Ibu,saya sayangkan ibu.' Tapi tidak saya. Sehingga kini saya diburu rasa bersalah yang amat sangat kerana biarpun saya mengasihi ibu lebih dari segala-galanya, tapi tidak pernah sekalipun saya membisikkan kata-kata itu ke telinga ibu, sampailah saat ibu menghembuskan nafasnya yang terakhir. Ibu, maafkan saya. Saya sayangkan ibu.


SELAMAT HARI IBU....